Wednesday 8 March 2017

SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DAN PERPADUAN


DUB 2012: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (SESI: DISEMBER 2016)
TEMA: SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: EN. ABDUL SOMAD BIN MAT@ISA
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK



AHLI KUMPULAN:



NISHEN A/L MAHENDRAN
(16DET16F1107)


DALBARADEV SINGH A/L JAGDEV SINGH
(16DET16F1095)




MOHANEN A/L SUBRAMANIAM
(16DET16F1004)


IKNESHRAO A/L KANTHARAO
(16DET16F1053)


SHARVEENDRA A/L VETRIVELOO
(16DET16F1029)



PENGENALAN

           Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan berbangga menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur ini. Modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan. Melalui aktiviti sukan dan permainan semangat cinta akan Negara akan lahir apabila terdapat semangat serta minat yang mendalam tentang sesuatu permainan dan berusaha untuk mendalaminya dan mempelajarinya. Aktiviti sukan dan permainan juga akan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Sesuatu permainan tersebut dan akan mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia.

                Selain itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di didik supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.’alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.

              Sukan dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta bersemangat kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama diantara pasukan dan lahirlah semangat
kekitaan dalan diri para pemain. Mereka perlu sentiasa tolong menolong dan bermuafakat diantara satu sama lain. Ahli sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undangundang permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu berlakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinngi.

Seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran.

KEPENTINGAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA
               Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
               Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
               Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
               Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.
               Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rapatkyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN 

NEGARA
               Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
               Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah denganmemberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
               Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
              Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
              Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
               Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
               Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

PERANAN IBU BAPA

              Ibu bapa merupakan  individu  yang  akan  memainkan  peranan  penting    dalam  memupuk  semangat  patriotisme  dari  peringkat  akar  umbi  lagi. Ibu bapa  haruslah  menunjukkan  contoh  yang  baik  kepada  anak-anak sebagai  tanda  wujudnya  semangat  patriotism  contohnya  memasang   bendara  jalur gemilang  di  rumah  dan  kenderaan  terutamanya  apabila  menjelang  hari  kemerdekaan. 

               Selain itu, ibu  bapa  perlu  membawa  anak-anak  menyambut  hari kemerdekaan.  Ibu bapa  dan  anak-anak  perlu  melihat   atau  menyertai sambutan  di  kawasan  setempat  atau  ibu bapa  mengajak  anak-anak menyaksikan  kemeriahan  kemerdekaan di  televisyen.  Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat mengimbas kembali  memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel  kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

               Seterusnya, ibubapa juga boleh menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, , menonton filem kemerdekaan iaitu filem Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan “melentur buloh biarlah dari rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.


PERANAN KERAJAAN
1)Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
               Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari 2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.
               Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
               Program PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif  utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.
               Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.

2)Sambutan Hari Perpaduan.
               Menurut akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang pemegang amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan bahawa hari Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu padu. Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara. Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
               Sebagai contoh apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan kebudayaan yang mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan meningkatkan semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri sambuta tersebut mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air semakin berkobar-kobar.

3)Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.
               Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh negara bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos , setiap tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini iaitu tahun 2014 , tema hari kemerdekaan yang ke 57  ialah “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema ini dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
               Pihak kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian program atau aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan ini mampu memupuk semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.

PENGAJARAN

Pengajaran yang kita boleh dapat daripada topic ini adalah dapat membentuk ke arah pembina negara yang bersatu padu. Apabila transformasi ini berlaku kermerdekaan akan terus dapat didaulatkan. Selain itu, keyakinan kita bahawa negara ini berbanding dengan negara lain boleh dilahirkan. Dengan ini, kita dapat tanya apakah sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Di samping itu, kesetiaan kepada raja dan negara akan ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pergorbanan. Unsur ini akan disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Justeru itu, dalam bidang ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi dapat dipertingkatkan oleh warganegara kita dengan konsep cinta akan Negara.

KESIMPULAN
              Kesimpulannya, usaha-usaha untuk memupuk semangat nilai cinta akan negara perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat nilai cinta akan negara ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat nilai cinta akan negara tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

RUJUKAN
1) Buku DUB2012 Nilai Masyarakat Malaysia PTSB (Fadzilah Binti Abd Rahman)
2) Internet
3) Youtube