DUB 2012: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA (SESI: DISEMBER 2016)
TEMA: SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DAN PERPADUAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: EN. ABDUL SOMAD BIN MAT@ISA
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
AHLI KUMPULAN:
NISHEN A/L MAHENDRAN
(16DET16F1107)
DALBARADEV SINGH A/L
JAGDEV SINGH
(16DET16F1095)
(16DET16F1004)
IKNESHRAO A/L
KANTHARAO
(16DET16F1053)
SHARVEENDRA A/L
VETRIVELOO
(16DET16F1029)
PENGENALAN
Sebagai
seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya mempunyai sifat-sifat mulia dan
berbangga menjadi menjadi salah seorang penduduk di Negara yang aman dan makmur
ini. Modal insan yang patriotik ini juga boleh dibentuk melalui aktiviti sukan
dan permainan. Melalui aktiviti sukan dan permainan semangat cinta akan Negara
akan lahir apabila terdapat semangat serta minat yang mendalam tentang sesuatu
permainan dan berusaha untuk mendalaminya dan mempelajarinya. Aktiviti sukan dan
permainan juga akan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan Sesuatu
permainan tersebut dan akan mewujudkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia.
Selain
itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di didik
supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan
juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli
sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka
sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam
permainan ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.’alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada ahli sukan yang masih
berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang demikian
itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara.
Sukan
dan permainan juga dapat melahirkan modal insan yang patriotik serta
bersemangat kekitaan. Perkara ini boleh dilihat apabila terdapat kerjasama
diantara pasukan dan lahirlah semangat
kekitaan dalan diri para pemain. Mereka
perlu sentiasa tolong menolong dan bermuafakat diantara satu sama lain. Ahli
sukan juga perlu sentiasa berdisiplin tinggi,berakhlak mulia dan mempunyai budi
pekerti yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan serta undangundang
permainan. Semasa menyertai mana-mana permainan atau aktiviti sukan,kita perlu
berlakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinngi.
Seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita
sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan
sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat
patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris
Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa
dalam menghadapi cabaran.
KEPENTINGAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA
Kepentingan
pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan
negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya
anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak
mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan
mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Selain
itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan
negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang
ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara
aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan
di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang
pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan
terus maju.
Semangat
patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat
patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara
daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan
dapat melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara
kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat
merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Kebaikan
lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh
kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang
memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang
menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan
Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain
itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan
diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya,
mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat
memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi
muda.
Di samping itu, semangat patriotisme di
kalangan rapatkyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai
sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun
dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan
rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada
negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia
juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum
dan agama di beberapa buah negara jiran.
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN
NEGARA
Semangat
patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak
menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam
hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari
wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap
agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya
terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya
adalah denganmemberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati
dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang
sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan
memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan
adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek
semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian
tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan
menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata
pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara
formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam
kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus
subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan
atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah
menjalankan kempen secara besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang
berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan
lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga
hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama
yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang
bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan
usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar
dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti
sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah
digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Semangat
patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama
dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini
penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh
semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan
dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal
yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.
Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa
berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati
diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa merupakan individu
yang akan memainkan
peranan penting dalam
memupuk semangat patriotisme
dari peringkat akar
umbi lagi. Ibu bapa haruslah
menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak sebagai tanda
wujudnya semangat patriotism
contohnya memasang bendara
jalur gemilang di rumah
dan kenderaan terutamanya
apabila menjelang hari
kemerdekaan.
Selain itu, ibu bapa
perlu membawa anak-anak
menyambut hari kemerdekaan. Ibu bapa
dan anak-anak perlu
melihat atau menyertai sambutan di
kawasan setempat atau
ibu bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan
kemerdekaan di televisyen. Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan
akan dapat mengimbas kembali memori
sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi, sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat
biar patah tulang, jangan putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada
anak-anak nikmat menjadi anak pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan
keamanan dan kedamaian.
Seterusnya, ibubapa juga boleh
menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah
yang dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, , menonton
filem kemerdekaan iaitu filem Hati Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk
semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh
semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan
“melentur buloh biarlah dari rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang
mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil
lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.
PERANAN KERAJAAN
1)Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Program
latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari 2004.
Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi
pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu
platform permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya
menjadi generasi pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada
hari ini.
Program
latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah
digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan
positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan
melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Program
PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif
utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan
negara pada masa akan datang.
Pengisian
modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai semangat cinta akan
tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua aspek yang
akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan semangat
patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan
diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur
gemilang dan sambutan hari kemerdekaan.
2)Sambutan Hari Perpaduan.
Menurut
akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang pemegang
amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan bahawa hari
Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi
mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu
padu. Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai
bangsa bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara.
Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Sebagai
contoh apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan
kebudayaan yang mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan
meningkatkan semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri
sambuta tersebut mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air
semakin berkobar-kobar.
3)Sambutan Hari Kemerdekaan Kebangsaan.
Sambutan
hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh negara
bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai
kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos ,
setiap tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini
iaitu tahun 2014 , tema hari kemerdekaan yang ke 57 ialah “Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema
kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan
semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema
ini dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham
Sudirman Haji Arshad.
Pihak
kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian program atau
aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat
Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan
kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian
diiringi dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain
itu, terdapat juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO,
demostrasi reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan
sebagainya. kesemua aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan
ini mampu memupuk semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat majmuk.
PENGAJARAN
Pengajaran
yang kita boleh dapat daripada topic ini adalah dapat membentuk ke arah pembina
negara yang bersatu padu. Apabila transformasi ini berlaku kermerdekaan akan
terus dapat didaulatkan. Selain itu, keyakinan kita bahawa negara ini
berbanding dengan negara lain boleh dilahirkan. Dengan ini, kita dapat tanya
apakah sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Di samping itu, kesetiaan
kepada raja dan negara akan ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan
pergorbanan. Unsur ini akan disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda
khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Justeru itu,
dalam bidang ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan
penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi dapat dipertingkatkan oleh
warganegara kita dengan konsep cinta akan Negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
usaha-usaha untuk memupuk semangat nilai cinta akan negara perlulah dijalankan
sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat nilai cinta akan
negara ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan
pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Sekiranya semangat nilai cinta akan negara tidak dapat dipupuk dalam kalangan
remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
RUJUKAN
1) Buku DUB2012 Nilai Masyarakat Malaysia PTSB (Fadzilah Binti Abd Rahman)
2) Internet
3) Youtube
2) Internet
3) Youtube
Very good I can understand clearly.
ReplyDeletebosan kontol...macm bodo je
ReplyDeletebetul memang bodo
DeleteNOOB ZILONG
ReplyDeletewe zilong padu kot
DeleteThis is useful
ReplyDeleteterlalu panjang & susah utk difahami
ReplyDeletebetul2
DeleteMy eyes hurt from reading this. It would've been nice if you don't use color font for the text.
ReplyDeleteSepatutnye rasa bersyukur kerana membaca benda yg bermanfaat ini seperti perkara yg di atas.
ReplyDeleteha tu x betul
DeleteThe karangan is so long but its help me lot
ReplyDeleteyes so long
DeleteThank you guys so much. you guys wrote this essay should be consider a love to our country, Malaysia. And this already convey a moral which is Patriotic
ReplyDeleteIt is awesome
ReplyDeleteNak tanya soalan macam mana hendak membuat rangka karanggan
ReplyDeletemcm tu la.....apa gunanya contoh kt atas pandai
ReplyDelete